Happy Birthday Opah!
- nailahilhani94
- Sep 6, 2015
- 4 min read
Malam ni mood nak update sebab tak dapat nak tidur. Well, biasalah baru masuk sem, bilik baru makanya ambil masa nak selesa nak tidur. Kelas pukul 8 pagi esok ni tapi tak tidur lagi yeeessss bagus bagus.
Mood sekarang macam sayu semacam aku pun tak tahu lah kenapa. Nak layan perasaan ni hahahah. Sebab sambil menaip ni ft. Locked Away R. City ft Adam Lavine huhuhu T..T Aku tak boleh la part yang
"Now tell me would you really ride for me"
"Baby tell me would you die for me"
"Would you spend your whole life with me"
"Would you be there to always hold me down"
Pehh, aku kagum habis orang yang boleh buat lirik yang boleh menusuk hati dengan rhytme dia. Fuhh.
Ok dah sampai situ je. Aku nak cerita pasal nenek aku punya birthday ni.
Ok ehem *clear throat*
Nenek aku punya birthday 3 September hari tu. 3 Sept tu jatuh hari Khamis di mana aku dekat Kuantan & tak dapat nak celebrate. Tapi aku macam menyesal sikit la asal aku tak call je opah aku hari birthday dia hahahha. Aku wish dia hari jumaat iaitu keesokannya. Opah aku macam sentap sikit la dia kata kakak aku je call dia wish dia.
Asalnya aku memang dah plan chantek gila. Aku nak beli balloon helium beberapa ketul & cake. Nak buat macam small party dengan mak ayah aku ke pakcik pakcik aku ke. Tapi turned up, akhirnya aku je yang berhuhu hahahah.
Aku bagitau mak ayah aku tapi malangnya hari yang nak celebrate tu, ferrari aku jatuh sakit. Terdampar dekat tepi jalan weh. Malam. Yes malam. Aku mula-mula ajak Mary nak beli cake & tengah otw nak ambik Mary dekat UIA. Tapi sampai je lorong nak ke UIA, kereta aku mula meragam. Aku park tepi terus kereta aku mati T..T Baby why baby?
Aku macam cuak gila tak tau nak call siapa. Orang yang baca ni mesti macam
"Call je lah kempow apa susah?"
Well, ada susah sikit disitu hahahaaha.
Tapi end up kempow jugak yang save the day. Round of applause please.
So tergendala aku nak celebrate birthday nenek aku. Esoknya, aku ajak mak ayah aku nak celebrate. Tapi mak ayah kena attend cucu Sultan Pahang punya wedding dekat Grand Hyatt dekat KL. So, aku yang rakyat marhaen ni duduk rumah diam diam hahaha.
Aku duduk rumah, tiup balloon sebab time tu dah lambat nak pergi Wangsa Walk beli balloon helium. Aku call opah aku tanya location dia kat mana. Dia kata kat rumah. Chantek! Aku cakap aku nak pergi rumah dia. Part ni macam sayu sikit. Bila aku cakap aku nak datang rumah, reaction opah aku macam gembira gila. Ish aku takboleh lah.
Aku start kereta terus pergi beli cake. Ayah aku baru bagi duit sikit so aku guna je lah untuk beli semua benda. Alah lagi pun bukan selalu.
Terus proceed ke rumah nenek aku. Nenek aku dalam toilet time tu. Aku cari orang dalam rumah tu. Selalunya ada pak su aku dengan mak su aku dengan anak dia 3 orang. Dan pakcik aku baru pindah rumah situ. Mati mati aku ingat ramai kat rumah tu. Rupa rupanya..... rupa rupanya nenek aku duduk sorang T..T
Weh, malam kot time tu. Mana semua orang? Takkan tinggalkan opah sendiri sorang sorang?
Lepas opah aku keluar toilet aku tanya opah aku mana semua orang. Opah aku kata,
"Semua orang keluar. Takde orang. Opah sorang-sorang je ni"
Bergenang doh air mata aku. Pastu opah aku tanya nak makan nasi tak. Ada nasi dengan sardin mak su aku masak. Ni biasalah makan sardin sebab family aku memang suka sardin huehue. Terus aku cakap aku ada benda nak ambik dalam kereta. Aku dah siap tiup balloon ikat dengan tali. Gigih weh aku betulkan tali balloon tu hahahah.
Aku masuk je rumah aku cakap Happy Birthdaaaaayyy opaaaaahhh!
Reaction opah aku priceless weh. Dia macam happy gila. Herghhh. Sedih doh.
"Waaaaahhh. Belooooonnn!!!"
Tapi macam tak surprise sebab aku baru nak gantung balloon lepas tu hahahahha. Aku pun tak tau kenapa aku tak gantung je siap-siap. Lepas tu Opah aku kata dia nak solat kejap.
Lepas dia solat tu aku dah siap setting semua, nenek aku keluar dia pakai lawa lawa. Dia tukar baju, dia pakai tudung lawa (':
Aku keluarkan cake, nyalakan lilin, tangkap gambar dengan dia. Since aku dengan dia je dekat rumah tu, gigih aku susun tupperware opah aku nak tegakkan handphone haha. Set timer lama gila pulak. Tapi opah aku layankan aje aku ehehehe.
Opah aku suka gila. Walaupun yang celebrate malam tu aku dengan dia je berdua. Tapi Dia senyum lebar gila. Dia gelak. Dia cerita sweet memories dia dekat aku. Dia cakap takde orang wish dia kecuali beberapa orang, Dia ingat semua orang punya birthday tapi dia kata takde orang ingat dia. Aku macam,
"Eh takde lah opah. Semua orang ingat je"
"Yeke? Takde orang talipon opah pun nyanyi hepi beday"
"........"
Aku macam acah cool je depan nenek aku. Tapi jaaauuuuhhh disudut hatiku ecewah hahaah tapi serious aku sedih jugak kalau orang tak ingat birthday aku.
Tapi jujurnya, memang nature aku suka celebrate birthday orang. Buat surprise. Aku tak tau la kenapa aku boleh struggle. Tapi itu memang aku haha.
Kadang-kadang opah atau pun nenek atuk kita, dorang tak minta pun fancy things, handphone baru ke, barang mahal mahal. Dorang just nak kita ingat dia je. Tu pun dia dah happy sangat dah. As long as dorang ada, cherish as much as you can. Aku wallahi tak tau macam mana hidup aku kalau opah takde. What would I do without you opah :'(
Aku nak dia ada je dengan aku. Aku doa Allah pinjamkan dia aku lebih lama. Aku nak opah aku ada sampai bila bila dengan aku.
Ok dah. Mata masuk habuk pulak.


Ni opah. Opah senyum nomeynomeynyewwww haaahhaha

Of 8 balloons & 2 cakes



Nak upload video opah tiup lilin tapi tak dapat lah pulak apa hentah masalah wix ni. So that's all I think for tonight.
Happy Birthday Opah. I hope you liked it even though it was a small celebration. I love you eternally (:
Comments