top of page

FOLLOW ME:

Search

Ferrero roshe x Leha a.k.a Lily

  • Na'ilah opkos
  • Sep 4, 2015
  • 5 min read

Aku ni jenis pencinta kucing lagi lah kalau kucing tu comel gila hmphh, suka suka! he he he

Mula mula kitorang pindah Kuantan, area rumah aku macam krik krik sikit (read: banyak) sebab ada 4 ketul rumah je. Rumah pertama, yang mana rumah dulu kitorang duduk sebelum pindah rumah sekarang, ada akauntan duduk. Dia duduk sorang sebab family dia dekat KL. So kalau weekends, dia balik KL. Takde orang. Dan sepanjang aku duduk rumah, aku tak pernah nampak pakcik tu. Yang aku tau dia ada 2 ketul Vios Toyota tu je hahahahhaha. Prihatin kan akuu. Ye la kena lah tau kejiranan kau kot kot dia orang jahat ke perompak most wanted ke ha seram enn seram enn. Ehek.

Rumah kedua, rumah ketua polis negeri Pahang. Ni pun sama macam yang rumah 1st. Sebesar besar rumah tu, dia duduk sorang. Family dia dekat KL. Dan dia ada rumah sendiri dekat Pekan, so dia tak tinggal situ. Macam membazir kan? Rumah besar besar takde siapa duduk. Yang ada maid, gardener & polis (jaga) je. Sahaja.

Tapi ada la sekali dua anak dia sorang lelaki tu selalu datang rumah tu. Sebab apa aku tau anak dia selalu balik rumah tu? Sebaaabb, anak dia guna motor besar yang bunyi ekzos dia pehhh kuat gila. Macam nak bagi penyepak kalau dia main main pulas enjin. Bunyi enjin dia macam

"Vroom, vrooom, vrroooooooooooooooooommmmm, vrroooooooooommmmm....pek"

(pek tu bunyi lempangan aku bagi hahahaaha)

Tapi jangan risau, setakat ni tiada siapa yang tercedera.

Rumah ketiga, setiausaha kewangan negeri. Rumah Dato' Zul yaayyy. hahaha

Rumah ni je ada penghuni setiap masa. Phew. Dia duduk dengan wife dia and sorang anak dia. Yang bestnya Dato' Zul ni, dia suka kucing. Penchenta kucing macam aku ecewaahh hahahah.

Yang lagi bestnya, kucing dia semuaaa 1st class. Cantik cantik ai tel yu. You name it, he has them all.

Dia ada kucing parsi, kucing bulu lawa, yang putih macam Mary dalam Disney tu pun ada hergghhh besttt gilaaa hahaha.

And lagi best, dia lepaskan kucing kucing dia yang tak berapa nak lawa bagi dia tapi Masya Allah *insert heart eye emoji* bagi kitorang yang selalu nampak kucing makcik cafe, kucing kedai makan ni, fehh fehh ditatang bagai minyak yang penuh.

Kitorang bagi makan, bagi nama hahahahha even though mesti la tuan dia bagi nama lagi da bom but meeehhh who cares anyway. Dia datang rumah kitorang, kitorang bagi nama.

Ada Fluffy (sebab bulu dia fluffy sangat) tapi malangnya dia ada kurap. Nasib la Kuantan ada Vet Kerajaan. Bayar RM6 je. Murah enn murah enn. Dia akan bagi injection 3 kali 3 minggu. So seminggu sekali je inject. Fluffy yang dulunya di keji sekarang menjadi idaman ramai wuhuuuwwww.

Ada Rapunzel, ayah bagi nama ni sebab color bulu dia color pastel. Kelabu soft je kitorang panggil hahahaa.

Ada Apollo. Ni tak tau kenapa nama dia macam tu. Sebab nabilah yang letak nama Apollo. Layankan aje lah -..-

Ada Leopard sebab corak bulu dia macam leopard. Lawa enn. Sado pun sado fuhh.

dan banyak lagi hahaahha.

Since banyak kucing lepak rumah kitorang, kitorang bagi makan, tiba tiba melekat pulak. Taktau pulak Apollo bunting. Dia beranak kan 4 ekor anak kucing yaaayy.

Always and forever my baby (':

From left: Oligo, ferrero roshe, Anastasia.

Ada 4 asalnya. Tapi kitorang pun tak tau kenapa mak dia abandoned yang lagi seekor tu. Kitorang (najihah) jumpa dia pun lepas beberapa hari kitorang jumpa these 3 babies. Yang lagi seekor tu (terabandoned) color oren. Kitorang bagi nama dia oyen. Tapi dia tak hidup lama. Dia hidup dalam 3 jam je sebab dia tak minum susu mak dia since dia lahir kot.

Kitorang kasi mak dia bau, mak dia buat tak tau je. Haissshh. Last last, mati hmmm.

Tapi my babies yang atas ni pun, hidup tak lama. Seekor seekor mati. Sedih en. Kitorang struggle gila jaga dorang even though mak dengan nenek aku banyak kali ugut nak buang dorang kalau kitorang malas buat kerja rumah hahahaha. Nampak takk permainan dia kat situ. Nampak takk nampak takk.

Ayah kata maybe kena makan biawak kot. Sebab almaklumlah, rumah kitorang macam safari. Biawak ada, babi hutan ada, monyet ada. Semua lah semua. Semua agresif pulak tu. Sabar je lah.

Ada sekali tu aku tengah teman mak aku tanam pokok kat luar. Aku tukang pegang torchlight je sebab mak aku gigih nak tanam pokok baru dia hahaha. Tiba-tiba bunyi

"Hok hok hok"

+ bunyi hidung macam babi tu

Aku punya cuak dengan mak aku takut dia lari masuk dalam halaman rumah ke menyondol semua, mau meninggal tu. Cepat cepat mak aku masuk rumah. Dah la pagar rumah kitorang tu memang terbukak je. Kalau tutup, lembab gila nak tunggu dia buka -,,- Tapi mak aku kata, Alhamdulillah lah since kitorang pindah situ, babi tak pernah masuk even though bunyi dia kuat and dekat. Haisshh seram.

And ada sekali tu, aku tengah sidai kain kat belakang rumah, tetiba bunyi macam ada benda turun dari pokok. Rupa rupanyaaaa, ada biawak besar buaya tengah turun pokok. Pokok tu tinggi weh. Herghhh cepat cepat aku lari. Seram seram.

Monyet pun boleh tahan konghaja. Kitorang selalu mengalami masalah internet sebab monyet gigit wayar internet. Dashat enn. yes ai no ai no.

berbalik kepada 3 musketeers tu, seekor seekor hilang and bangkai tak jumpa. Mak ayah aku syak dorang kena makan biawak. Sadis kan? Kan. hmmmm :/

And yang lagi sadis, Dato' Zul pindah rumah ke Tanjung Lumpur. Dia datang rumah kitorang collect semuaaaa kucing dia. Every last piece dia ambil :'( Fluffy, Rapunzel, Apollo. Tapi ye lah kan dia punya. So dia boleh ambil bila bila masa dia nak. Macam hidup kita jugak. Kalau Allah nak ambil nyawa kita, dia ambillah sebab kita ni Dia punya (tazkirah maghrib) hahahaha.

So tinggal lah Leopard. Maybe sebab Leopard tu kucing hutan kot. Tengok badan dia fuhh sado. Dan seekor lagi tak tau datang dari mana, color oren. Kitorang panggil dia Oyen (':

Time mula mula dia datang tu, kecik je and penakut. Penakut yang annoying hahaha.

Masa adik aku kata Ferrero roshe mati, aku nangis gila kot. Aku kat UIA time tu. Esok nak paper ICL finals. Fuhh, bengkak bengkak mata beb baca notes. Last last tidur awal sebab mata sembab gila.

Sekarang, cuti 2 minggu berbaki short sem, aku balik Kuantan. Ayah aku macam biasa lah solat subuh kat masjid. Time dia balik masjid, dia jumpa ada anak kucing kat tengah tengah jalan. Dia duduk je situ. Ayah aku nyaris nak langgar dia. So ayah aku bawak dia balik (':

Bulu dia corak dia lebih kurang Ferrero roshe + oligo. Gabungan dua dua tu (':

SInce dia betina, nama dia Leha. hahahahah. Ayah aku kata kampung sangat so dia letak nama dia Lily.

Disebabkan Lily kecik, 3 hari awal awal tu, oyen nak bergaduh je dengan dia. Gurau kasar gila sampai menangis Leha. Haisshh. Oyen pulak jantan so tenaga terlebih. Tapi now alhamdulillah dah aman damai sentosa. Ayah aku kata "Sekarang dorang tak gaduh kan? Awal awal lah perit sikit kena ragging dengan oyen. Orientasi " Ragging also can ayah hahahaha.

So, dorang dah bonding baik punya. Siap piknik atas pokok sampai tak reti turun and seketul nailah berjaya panjat pokok rescue team hahhaa.

Ok dah bai nak solat magreb.


 
 
 

Comments


  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Instagram Clean Grey

RECENT POSTS: 

SEARCH BY TAGS: 

© 2023 by Closet Confidential. Proudly created with Wix.com

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • Instagram Black Round
bottom of page