top of page

FOLLOW ME:

Search

District 21 IOI Mall

  • nailahilhani94
  • Sep 5, 2015
  • 3 min read

Assalamualaikum pipel, hari ini nak hapdet pasal district 21 dekat IOI Mall yang aku pergi beberapa bulan lepas hahahaha. Baru harini nak tulis huhuhuhu.

Ok lah, kalau korang nak tau, district 21 ni macam tempat panjat panjat atau dalam bahasa lainnya, tempat berekreasi di dalam shopping mall. Sesuai sangat lah kalau sesiapa yang suka rekreasi and keluarkan peluh di tempat yang tak panas langsung. Yezzaaa. You got my point? Good!

Aku pergi tempat ni pun memang sangat lah impromptu sebab abang aku yang ajak (dia bayar sekali ehek) . Haritu kitorang pergi ber-6, aku, kakak aku, abang aku dengan kawan abang aku, dan adik-adiknya. Kitorang pergi weekend, hari sabtu.

Mula mula sampai kitorang pergi makan subway dulu, makan kenyang kenyang baru masuk SEBAB, Yes, Sebab kau akan guna banyak gila tenaga dalam tu. Nanti aku cerita.

Mula mula masuk tu macam thrilled gila la kan konon acah feeling Katniss Everdeen. Berangan sikit won't hurt lol. Sampai sana je, you have to fill up a form. Ni konon acah acah macam dia tak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi. But don't worry, law will always protect you ewah ewah hahaha. Sure madam tort aku bangga gila aku ingat apa yang dia ajar. Ehek. Ye la, meh hakak cerita sikit, dalam undang-undang tort, ada satu undang-undang di mana melindungi pelawat ataupun orang yang macam pergi tempat main ni la. Dia panggil licensee. Kau boleh google kalau kau doubt dengan aku haha. Sebab kau bayar, so dia akan ada tanggungjawab untuk safety kau as long as kau ikut arahan dia. Contoh: pakai gloves, socks, etc.

Ok dah sampai situ je sembang sembang law kita. Bosan gila.

Excusa moi my too-excited-can't-wait-to-get-in-there face

They got cool gloves and socks too!

Yes babe you can take them home too that is the best part.

Tiket, sebab weekends, RM45 sekepala. Kalau weekdays murah kot. Tak pasti. And kitorang dapat discount sikit sebab kitorang datang in group (ramai ramai). So dapat murah. Ticketing everything semua okay, lepas tu, kau boleh main sampaaaai lebam! Yes lebam. Literally and technically hahahaa.

Yang bestnya, tempat ni, kau boleh keluar kejap dari tempat tu. Contoh macam pergi solat ke, pergi makan ke, kau boleh exit kejap and masuk balik. Cool kan? Tapi kau takyah nak keluar pastu esok datang balik. Haaaaa tu meh aku debik kau.

Tapi the main point is, kau boleh keluar kejap which is for me, COOL GILA KOOOTT!

Sebab tempat lain macam, once kau keluar, no you can't have 2nd entrance.

Apa yang best dalam ni? Okay sebelum apa apa. I have an advise. Kalau nak pergi tempat macam ni, kau kena bawak orang yang best best. Hyper, tak reti duduk diam, nak panjat itu nak panjat ini, and tak annoying haha faham kan maksud aku? Good.

Cuba lah kalau kau pergi dengan member kau yang alahai santun dia tak bertempat, sumpah spoil

"Ala, aku segan la".

"Ala malas la nanti orang tengok"

Duhhh, tak de siapa kisah pasal engkau nak melompat ke nak menjerit ke, nak terpekik telolong ke sebab memang tempat tu memang you are allowed to.

Ataupun kau bawak kawan yang annoying.

"Weh jom try yang tu nak tak?"

"Tak nak la. Malas"

"Kaki nak kaki?"

dapat kan point aku? Actually benda ni best je. Peluh peluh , masam masam hahahahaha. Ewwwww. Tapi benda bagus kot. Takkan nak pergi shopping mall je, makan makan pastu complain gemuk. Apa kata try sekali bakar lemak hahaha.

And yang next advise is, warm up dulu before naik apa apa. Sebab aktiviti dia....

Yes, memerlukan stamina yang kuat (tak kuat sangat pun takpe) and kau akan berpeluh. Menitik nitik wei peluh wanita aku hahahaha. Tapi best ai tel yu. Best. Kakak aku ada sum up all the videos dalam ni. Just head on to instagram @hudailhami and scroll lah bawah bawah sikit. haha. Tapi, 1st thing you have to do is warming up. Kalau tak warm up macam aku, mereput lah kau dua tiga hari sakit sendi. And kena tahan sikit ada la satu dua lebam sebab kau dah lasak dalam tu, lebam lebam tu adat la en.

Aktiviti dia banyak lagi just aku tak de gambar je. Banyak dekat kakak aku. Ada free fall, ada yang gelongsor guna tayar tu (tak tau nama aherher) and ada lagi satu yang kitorang tak main sebab tak sampai tinggi hehehehhe.

Okay till then. Toodles!


 
 
 

Comments


  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Instagram Clean Grey

RECENT POSTS: 

SEARCH BY TAGS: 

© 2023 by Closet Confidential. Proudly created with Wix.com

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • Instagram Black Round
bottom of page